Thursday, 26 May 2011

Kemisterian Stor

Salam Semua..



Nak citer sikit pasal stor sebelah bilik server tempat aku duduk kat ofis ni misteri sikit, ni semua gara² semalam marah, bengang semua ada pasal cleaner buang barang aku yang berharga tu. Nak relaks punya pasal aku ke belakang la kejap..Katanya nak tenangkan fikiran..


Tetiba aku perasan pintu stor yang mempunyai ThumbPrint a.k.a Imbasan Jari, terbukna sendiri padahal aku dah tutup rapat tadi..haih ni betul² nak wat aku marah lagi sebab boleh lak "dia" nak memain lak dengan aku yang tengah bengang nih..


tanpa flash..

flash..

Tak ab is² nak kacau aku, nasib tak nampak, kalau tak sekeh² jer..haha, ish jgn berani sangat, jika ALLAH dan jentik kite ni benda dah biasa atau lali pun kita jadi menggigil gak..minta dijauhkan..amin..


p/s : nasib takde orang² yang lemah semangat lalu situ semasa kejadian..

Pusingan Kerja Yang Memusing

Salam,


Aku......................













Agak tertekan dengan keadaan yg sebegini, haih.. semua punca dari cleaner aku yang boleh pulak dia buang kotak yang mempunyai screen LCD notebook..wah!! sape nak ganti mcm  ni..nilai rm550 tu..apa la yang aku nak jawab dengan bos aku, lain kali tanya la dulu jangan pakai buang je samdol!!

aaarrrgghhhh!!!


Tarik nafas dalam² (cool shah..cool...tenangkan fikiran.......huuuuhh...) , Pegi jumpa dengan senior finance utk bincangkan perkara ni dan aku telah explain dari A hingga Z, nasib la senior finance aku paham keadaan tu..nak wat mcm mana tak blh nk salahkan sangat cleaner tu..tp apa² pn tetap salah suka hati pakai buang kotak yg ada barang berharga, kalau dah letak kat dalam tu MAKNANYA berguna..haih..


Patut la rasa tak sedap hati je masa nak pegi kerja..hampeh!



p/s : gara² marah sangat aku pegi pusing taipan sambil berjalan kaki..bengang!!

Tuesday, 24 May 2011

Isnin Yang Penat

Salam semua..

Macam biasa isnin adalah hari permulaan kerja dan bagi ku hari isnin adalah waktu yang agak malas nak wat keje sangat..maklum la ari sabtu dan ahad dah wat keje je..tak amik cuti lagi.penat tu..




Hari isnin aku menolong Rukijah staff company aku tolong bawakan nasi goreng kampung kreatif ( ciptaan aku dan my mum )dan sambal bilis yang di buat khas oleh my mum, mcm biasa pagi isnin tu hujan dan jalan agak jam gak la..sampai ofis agak lambat juga sampai dalam pukul 9.00 a.m padahal tolak pukul 7.50 a.m (giler ar lambat padahal tak pernah lambat mcm ni). Sampai je rukijah and the geng bahagi² nasi utk 60 orang, ramai juga tu.



Selesai morning briefing mcm biasa semua staff berebut makanan, tgk bos² pun makan bersungguh², amacam best tak masakan orang jawa? (poyo je aku ni..haha) walaupun ada lebih tapi tengok licin juga, wah kuat makan juga staff² company aku ni..hahaha



Pengalaman semasa kerja yang takleh lupa adalah aku hampir eksiden dan aku berdiam diri saja, masa tu hujan, tengah laju kat line tengah highway kesas tetibe kereta vios ni break emergency, perghh!! nasib aku ni memang agresif semasa memandu jadi dapat di elakkan, sekali tengok rupanya ada kereta rosak, kereta kancil dan yang bawa wanita bangsa cina, dn belakang nya ada la juga 2 kereta dah bertmbung dgn kereta kancil tersebut.


Nasib kereta vios tu n sempat elak, apa ke bangang nye dah tau kereta tu mcm nak rosak pegi la line paling kiri, ni dah menyusahkan orang lain..kena la ingat pasal pengguna lain pula..kesian tgk kereta yg berlanggar dgn kereta tu..



p/s : nak bawa kereta sila cek engin dan semua yang perlu, bkn dh rosak baru nak cek..itulah lumrah org yg tak reti nak berhati-hati..

Saturday, 14 May 2011

Terkejut Sekejap

Hari ini seperti biasa..tengah takde kerja jadi duduk rumah je la..pukul 8.30 pagi tadi baru sampai rumah..maklum la semalam balik lambat..petang tu ada buat perbincangan sesambil makan petang di KFC bersama kak shida, husband kak shida dan Hirda. Kesian hirda selsema, tak pernah tengok dia muka keletihan dan tak sihat (maklum la budak kuat tetiba kena serangan penyakit jadi mcm tu la..hehe jgn marah ye)..



Malam tu pula aku pergi main badminton jap kat court 10 subang jaya, berdekatan dgn rumah syafiq a.k.a uncle syaf, malam tu bermain berempat sahaja..fuh!! penat giler..yela dari pukul 8.30 nak sampai pukul 11.00 mlm lama tu..main tanpa rehat..mau² lemau juga..dah abis main tu aku ke ofis..malas dah nak balik umah..penat giler..dari aku tertido masa bawa kereta baik aku tido je kat ofis..pukul 7.50 pagi balik sampai rumah pukul 8.30..
Sampai rumah biasa la..godek² pc kesayangan aku ni dlu..dah abis godek dgr lagu kuat² pula..hahaha..layan perasaan la katakan..sampai tertido juga aku dibuatnye..sedar² je bangun jam menunjukkan pukul 2.00 petang!! giler ar lama gak ni aku tido..haih.. dalam keadaan panas ni aku mandi jap..best mandi air kolah sejuk², rumah kampung katakan..



Sepupu aku datang umah, maklum la nak lepak² jap..borak² kosong jap..tetibe dia boleh tnya aku soalan yg agak mengejutkan.." xxxxxxx tu dah kawen ke? ko dah tak dgn dia lagi ke?" KAWEN?? terkejut gak aku dgr soalan cepuemas tu yg kata ex girlfriend aku nak kawen,  katanya kat depan umah dia ada pasang khemah ada la juga 6 khemah..wao!! 

terkejut jap!!


Aku fikir sekejap sape yg kawen yer sebb rumah saudara dia dh takde yg nak kawen lagi sebb semua dah kawen tinggal anak bongsu dia lelaki umur dalam 19 tahun, nak kata rumah belakang lagi la..semua dah kawen.. selepas tu aku citer kat mak aku, yela pasal dlm minggu ni gak ex aku nak kat aku balik..mak aku bagi pendapat sebegini, " mak rasa dia buat mcm tu pasal dia nak buat pilihan, kalau ko nak kat dia balik dia takkn ikut lelaki tu, kalau ko tak nak dia ikut lelaki tu la" betul juga cakap mak aku ni..yela mana ada org nak balik  boleh main desak² lak tu..tak rasa pelik ke? 

fikir² balik


Biar la..itu urusan dia..kalau dia betul² dah kawen pun apa salahnya..itu keputusan dia..kena hormati..semoga dia berbahagia selalu..aku mendoakan kebaikan dan kesejahteraan kamu, jgn la wat kerja² giler lagi..sekarang ni ada yg nak balas dendam sampai simbah² ASID plak tu..haih minta dijauh kan..selisih malaikat 44..fuh!!


p/s : harap aku pun boleh mendapat jodoh yg lebih baik dari itu..semoga Allah melindungi aku, keluarga ku, kawan² dan sahabat² ku, serta guru² ku..Amin..



Thursday, 12 May 2011

Kekeliruan

Fikiran ku keliru bila semalam balik dari kerja aku telah dapat surat dari UTAH, pelik gak..kat mana tempat tu yer?

Sekali buka ambik kau! rupanya dari US, pelik gak macam mana la surat ni boleh sesat sampai umah aku..bila diperiksa nama dan alamat rumah aku betul pula.. tak puas hati baca je la surat tu sampai abis walaupun ada gak sedikit yang tak paham sebab bahasanye kepelikan sikit (hehe memang la bukan pandai sgt pn bab english education ni)




Sekali tgk surat tu ada helaian yang terakhir..sekali tengok bahasa melayu pula surat ni..Haa!! lagi la confuse aku dibuatnya..bila diperiksa baru aku tau..rupanya dari sepupu belah mak aku rupanya yang keje kat sana..ceh!! wat suspend je..hampeh betul..


HAMPEH!!!











Rupanya dapat surat tu aku di offer kerja di sana..untuk bahagian teknikal, bukan kat US tu lagi ramai ke orang power² tapi aku juga di offer? ngada² la sepupu aku ni..tapi bila dia tgk rupanya pandang juga DKM aku ni..haha..tapi gaji kecik kot kat sana..haha..nak call jauh pula tu..tapi dia cakap suruh call dia juga untuk kepastian dan semua akan ditanggung beres oleh pihak mereka..erm..

Bagilah aku peluang untuk berfikir yer wahai sepupuku..bukan apa aku masih punya family, kawan² dan sahabat² aku..sayang je nak pergi,,

Tuesday, 10 May 2011

Dalam Dilema

Semalam dan hari ini..membuatkan mood aku jadi tak berapa ok..kira memng tak ok la ni..haih..

Semalam juga aku dapat msg yang amat banyak sekali..sekali di lihat msg tu di hantar dari siapa..rupanya datang dari "Ex Girlfriend" aku..apa yang dia nak aku pun tak tau..rupanya dia merayu-rayu supaya aku kembali pada dia, sebab dia kata dia tak boleh lupakan aku ( eh! dia ni nape tetiba msg² macam ni merayu-rayu bagai org gila!)..Tak ingat pula bagaimana dia telah membuatkan aku jadi lali dgn perkara ini..dulu dia sndiri yang ckp " dah takde jodoh antara kita, kita bawalah haluan masing²"..ayat itu yang menyebabkan aku jadi terkedu dan terkejut..Mudahnya kau berubah hati bila sudah bosan dgn aku ni..apa da..

Tapi minta maaf banyak² la..hati ini bagaikan trauma je bila lihat kau begini, apa yang menyebabkan kau jadi begini? apa yang orang tu buat pada kau sampaikan kau hilang arah dan merayu-rayu supaya aku kembali pada kamu? Mudahnya bila kau meminta aku berbuat demikian tak fikir pula bagaimana dgn aku pula masa kau meninggalkan aku?..tak paham la dengan wanita ini..haih..

Hati ku bukan lah seperti kaca yang pecah selepas itu boleh digam balik..ibaratkan seperti buah tembikai..luarannya keras..tetapi didalamnya lembut..tapi boleh sambung balik ke kalau dah pecah? fikir²kan la..tapi jangan salahkan aku kerana hati ku keras sekali sekarang ini..ni semua apa yg kau dah lakukan pada aku dulu..maaf

apa ingat hati aku mcm glass ni ke..tgk retak mcm tu bila gam boleh sambung balik..renung²kan..



Dan semalam juga aku dapat offer kerja yang aku minat..tapi ada dua pekerjaan yang berkaitan tetapi membuatkan aku sendiri jadi keliru apa yang aku terima ini..nape la bila aku dapat offer tempat lain skrg banyak pula orang offer kat aku ni..tp aku masih sayangkan company tempat aku kerja..mungkin ini rezeki yang aku dapat..insyaAllah..semoga apa yang aku lakukan dipermudahkan segala urusanku kearah kebaikan di dunia dan di akhirat oleh Allah S.W.T..amin..

Wednesday, 27 April 2011

Dapat Hadiah Lagi..



Dapat hadiah lagi..yeah..yeah..(macam budak kecik je..haha..)  Minggu lepas aku telah diberitahu oleh ayah ku ada bungkusan yang telah sampai dirumah..katanya ada 3 bungkusan..aku cakap "takpelah abah nanti shah sampai umah shah buka la bungkusan itu"..


Masa kerja pun jadi tak tenang je apa la agaknya yang aku dapat yerk..risau² takut ada yang nak mengenakan aku pula..(takpe² think positive ok)..masa tu balik kerja awal sedikit maklum la asyik teringat pada bungkusan apa yang diterima..tak sabar rasanya..haha



Sesudah sampai dirumah..aku cepat² tanya pada Abah ku "mana bungkusan tu Abah?", Abah ku terus beri bungkusan tu pada ku, berat juga bungkusan ni..Abah dan Mak aku sama² lihat apa yang terkandung dalam bungkusan itu..dan bila dibuka dengan terkejutnya aku sebab dapat hadiah sebegini..

Bungkusan Pertama..

   Gelang Diamond.. Siap warranty 2 years..


  Betul² punya amik gambar semata² nak kepastian..haha



Gelang "Diamond" ini bila suluh dan periksa betul² nak dapat kepastian pun agak susah..tapi silau pada batu "Diamond" tu memang lain sangat² dan sangat cantik..Siap ada kertas warranty 2 years lagi..

Bungkusan Kedua..

                Rantai..tak tau nak cakap..



         Ambil lagi dekat untuk kepastian......

Rantai ini lagi la membuatkan aku jadi terkedu..pun sama juga seperti Gelang "Diamond" ada warranty card 2 years..fuh!!


Bungkusan Ketiga..


            Kali ni dapat Rantai Mutiara lak..



    Made In Spain gitu..


Rantai mutiara ini lagi la.. Siap warranty card 5 years lagi..membuatkan aku terkedu dan senyap terus sampai Mak dan Abah aku tegur aku, "nape senyap terus ni Shah?" aku hanya mampu berdiam diri untuk sementara waktu sambil memikirakan apakah semua ini? fikir punya fikir dan aku hanya mampu memberi jawapan sekadar biasa..


Ini semua mungkin rezeki aku..rezeki selepas aku tempuh segala dugaan dan cabaran hidup yang aku tempuh selama 2 bulan..mungkin juga semua ini ada hikmah di sebalik nya..harap² hikmah itu ada lah hikmah yang terbaik buat diri ku ini.. Bila periksa satu persatu barang-barang ini semua ada nilai seperti Gelang "Diamond" ini nilainya 24 karat (nilai untuk diamond a.k.a berlian) mahal juga tu bila diperiksa kat laman web untuk berlian..jangkaan 18K kot..kot la..kalau benar rezekinya Alhamdulillah.. Yang rantai tu aku rasa tak la mahal sangat..dan yang paling unik adalah Rantai Mutiara sebab bila di pegang rantai mutiara tu terlalu lembut sekali dan bukan seperti biasa yg jual kat kedai²..mungkin inilah dinamakan rezeki..


Aku bercadang nak beri pada Mak aku ni..tapi mak aku macam tahu apa yang fikirkan..Mak aku cakap " takpe shah, simpan mungkin shah ingin berikan pada orang yang shah sayang dan shah cintai suatu hari nanti, macam mak takpe sebab Abah dah beri macam² pada mak ini." terima kasih mak kerana memahami..hehe



p/s : barang² ini mungkin akan jadi milik orang yang aku sayang dan aku cintai suatu hari nanti..insyallah..lelaki mana boleh pakai barang² ni..hahahaha