Tuesday 6 December 2011

Sinar Baru Ku

Assalamualaikum,


Alhamdulillah sekian lama menyepi akhirnye kembali jua, dan selama ini juga mengharungi detik² yang mencabar alhamdulillah akhirnya dapat juga aku menempuhnya. Detik setiap detik yang aku lalui akhirnya dapat jua sinar baru yang aku harapkan..


Alhamdulillah baru² ni dapat offer kerja yang baru, dan agak mencabar juga, apa salahnye mencuba pekerjaan baru ni, barulah realiti kehidupan sebenar. Walaupun dapat sinar baru tetapi rasa kecewa pada seorang yang dulu bergelar kawan tetap ada, terima kasih juga pada "mereka" yang dah wat berita "hangat" kat FB.


Takpe lagi pun biarlah yang penting aku tak pernah susahkn diorang pun, biarlah diorang ni menyusahkan aku dari dulu lagi janji aku tak pernah minta sesen pun apa yg ada pada mereka, anggap je la ini luahan hati aku

Thursday 7 July 2011

Balik Kampung

Salam..

Pagi ahad pada 3/07/2011 aku balik kampung..ziarah nenek maklum la nak puasa dah tinggal lagi berapa hari..nasib puasa tahun lepas takde yang ponteng (dah besar pun nak ponteng ke? hehe). Jadi sape yang tak ganti2 lagi..cepat2 la ganti sebab puasa dah dekat..Perjalanan macam biasa ambil masa dalam 3 jam juga, maklum la jalan dalam bukan highway, banyak sangat traffic light nye tu yg lambat..kampung dekat je kat Bagan Datoh, Perak..

Bertolak pukul 8 pagi sampai dalam pukul 11, sampai sana je dah singgah pasar tani..best juga pegi pasar tempat orang ni..haha, shopping sakan ibu dan ayah ku sebb nak bagi kat nenek, beli utk sebulan terus..fuh! Selesai beli barang baru pegi umah nenek..Balik kampung je rasa sedih..sebb banyak rumah dah di tinggalkn, ramai yg berhijrah..tinggal orang2 tua je kat sini.. kat umah nenek biasa la..tolong2 kemas sikit pastu lepak sampai petang..dan balik..seronok tu lepak kampung..dapat rasa suasana pior kampung..Hilang tension jap..he3



 p/s : saje2 amik gambar kucing peneman nenek ku rupanya pandai juga dia posing amik gambah..ceh

Monday 20 June 2011

Merasakan Sesuatu Yang Tidak Dijangka..

Salam..

Aku..


Dapat merasakan..orang yang selama ini rapat dengan aku di ofis (tak kira lelaki or perempuan) macam cuba menjauhkan diri dengan aku ini, ntah apa salah aku..aku pun tak tau, biasa terserempak boleh je tegur sekarang ni blh lak mcm wat tak tau je, kadang-kadang kena tegur 2 kali baru la di sahut..

Hairan juga, apa ntah salah aku ni sampai "diorang" ni cuba menjauhkan diri dari aku, kalau ada salah apa-apa tak usah la buat begitu, berterus terang saja kan senang, apa jua kelemahan, keburukan dan kesalahan yang aku lakukan pada mereka kan boleh diubah, kalau nak teruskan terpulang la, tak kisah pun, yang penting aku taknak "hipokrit". 


p/s : sesi luahan perasaan hati yang tengah bengang!!

Sunday 12 June 2011

Menolong Memasak

Salam...

Ahad malam isnin aku membantu ibu ku menyediakan bahan-bahan masakan yang di tempah untuk morning breafing esok paginya..Kali ini dalam kuantiti yang banyak sedikit dan penyediaan bahan² yang banyak. Kesian ibuku masak sorang² nasib ada anak lelaki yang kuat serta boleh lakukan apa saja termasuk memasak ( ceh perasan, haha) . Lepas sediakan bahan² kami masak apa yang patut dulu dan sambung pada jam 5 pagi.


Pukul 5 pagi ibuku mentanak nasi minyak dan aku pula sibuk tolong jaga masak ayam kurma dan tolong memotong sayur dan buah untuk membuat acar terancam dlm istilah jawa atau acar rampai dlm istilah melayunya. Akhirnya siap juga dan aku bawa ke ofis, sampai sekitar pukul 9 pagi, lambatnye..penat dgn mata mengantuk sebab lupa nak tidur lagi, tp takpe janji puas sebab tgk orang kat ofis makan dgn seleranya.



p/s : yang penting aku ada masak juga :)

Wednesday 8 June 2011

Berhati-hati Di Jalan Raya Semasa Hujan

Salam,

Dalam perjalanan balik ke rumah tadi ada kereta memandu dengan cara yang amat bahaya, dengan selamba je mamat bawa kereta memotong kenderaan lain tanpa menghiraukan orang yang memandu di jalan yang bertentangan, sikit lagi nak berlanggar, hampeh betul, memandu sambil cakap kat phone, ceh!! 

Jalan licin sebab tengah hujan, kereta pula laju² belaka, nasib tak eksiden..hati² ketika memandu ya..kadang² kita berhati-hati tapi orang lain tidak berhati-hati pula..nasib..






p/s : aku adalah penunggang motosikal yang berhemah walaupun laju :p

Tuesday 7 June 2011

Pening Dengan Kerja Sekarang

Salam,

Aku.......







Sekarang ni pening dengan kerja yang aku terima sekarang ni, banyak tolong orang tapi tak tau hargai, bila dah datang masalah baru nak cari balik, eh bukan ko ni PMO yang selalu dipuji ke kata bagus tapi kerja suka "taichi" kat orang lain. Pandai² la ko nak settle macam mana.




p/s : senyum walaupun bengang : |

Monday 30 May 2011

Umur Tidak Menentukan Kematangan

Salam Semua,

Kita tidak boleh menilai kematangan seseorang berdasarkan peringkat umur. Kerana setiap manusia mempunyai cara pemikiran yang amat berbeza dan kerana itu jugalah pemikiran manusia itu UNIK.




Tua Tidak Semestinya Matang?
- Betul juga, kerana tak semestinya umur sudah meningkat tapi masih lagi tak matang, cara berfikir masih lagi kebudak-budakan dan tidak boleh berfikir dengan panjang, terutama pada org yg tidak pernah menerima teguran org lain dan suka mengikut logik akal sendiri, tidak semua begini kerana itu di panggil Tua Tidak Semestinya Matang.



Muda Tidak Semestinya Kebudakan ?
-Betul juga, kerana tak semestinya umur masih muda tidak semestinya kebudakan, ada yg muda berfikiran lebih matang dari org yg lebih tua lagi, sebabnya mudah kerana ada org muda yg suka berfikir dan suka akan pergaulan dgn org yg lebih tua dari umurnya sendiri. Dengan cara itu juga mereka dapat mempelajari cara-cara org yg lebih tua ini bagai mana. Tapi tidak semua org muda begini kerana itulah di panggil Muda Tidak Semestinya Kebudakan.


p/s : apa yg dinyatakan untuk diri sendiri juga, marilah kita bertukar pendapat :)