Tuesday 24 May 2011

Isnin Yang Penat

Salam semua..

Macam biasa isnin adalah hari permulaan kerja dan bagi ku hari isnin adalah waktu yang agak malas nak wat keje sangat..maklum la ari sabtu dan ahad dah wat keje je..tak amik cuti lagi.penat tu..




Hari isnin aku menolong Rukijah staff company aku tolong bawakan nasi goreng kampung kreatif ( ciptaan aku dan my mum )dan sambal bilis yang di buat khas oleh my mum, mcm biasa pagi isnin tu hujan dan jalan agak jam gak la..sampai ofis agak lambat juga sampai dalam pukul 9.00 a.m padahal tolak pukul 7.50 a.m (giler ar lambat padahal tak pernah lambat mcm ni). Sampai je rukijah and the geng bahagi² nasi utk 60 orang, ramai juga tu.



Selesai morning briefing mcm biasa semua staff berebut makanan, tgk bos² pun makan bersungguh², amacam best tak masakan orang jawa? (poyo je aku ni..haha) walaupun ada lebih tapi tengok licin juga, wah kuat makan juga staff² company aku ni..hahaha



Pengalaman semasa kerja yang takleh lupa adalah aku hampir eksiden dan aku berdiam diri saja, masa tu hujan, tengah laju kat line tengah highway kesas tetibe kereta vios ni break emergency, perghh!! nasib aku ni memang agresif semasa memandu jadi dapat di elakkan, sekali tengok rupanya ada kereta rosak, kereta kancil dan yang bawa wanita bangsa cina, dn belakang nya ada la juga 2 kereta dah bertmbung dgn kereta kancil tersebut.


Nasib kereta vios tu n sempat elak, apa ke bangang nye dah tau kereta tu mcm nak rosak pegi la line paling kiri, ni dah menyusahkan orang lain..kena la ingat pasal pengguna lain pula..kesian tgk kereta yg berlanggar dgn kereta tu..



p/s : nak bawa kereta sila cek engin dan semua yang perlu, bkn dh rosak baru nak cek..itulah lumrah org yg tak reti nak berhati-hati..

2 comments: