Saturday 14 May 2011

Terkejut Sekejap

Hari ini seperti biasa..tengah takde kerja jadi duduk rumah je la..pukul 8.30 pagi tadi baru sampai rumah..maklum la semalam balik lambat..petang tu ada buat perbincangan sesambil makan petang di KFC bersama kak shida, husband kak shida dan Hirda. Kesian hirda selsema, tak pernah tengok dia muka keletihan dan tak sihat (maklum la budak kuat tetiba kena serangan penyakit jadi mcm tu la..hehe jgn marah ye)..



Malam tu pula aku pergi main badminton jap kat court 10 subang jaya, berdekatan dgn rumah syafiq a.k.a uncle syaf, malam tu bermain berempat sahaja..fuh!! penat giler..yela dari pukul 8.30 nak sampai pukul 11.00 mlm lama tu..main tanpa rehat..mau² lemau juga..dah abis main tu aku ke ofis..malas dah nak balik umah..penat giler..dari aku tertido masa bawa kereta baik aku tido je kat ofis..pukul 7.50 pagi balik sampai rumah pukul 8.30..
Sampai rumah biasa la..godek² pc kesayangan aku ni dlu..dah abis godek dgr lagu kuat² pula..hahaha..layan perasaan la katakan..sampai tertido juga aku dibuatnye..sedar² je bangun jam menunjukkan pukul 2.00 petang!! giler ar lama gak ni aku tido..haih.. dalam keadaan panas ni aku mandi jap..best mandi air kolah sejuk², rumah kampung katakan..



Sepupu aku datang umah, maklum la nak lepak² jap..borak² kosong jap..tetibe dia boleh tnya aku soalan yg agak mengejutkan.." xxxxxxx tu dah kawen ke? ko dah tak dgn dia lagi ke?" KAWEN?? terkejut gak aku dgr soalan cepuemas tu yg kata ex girlfriend aku nak kawen,  katanya kat depan umah dia ada pasang khemah ada la juga 6 khemah..wao!! 

terkejut jap!!


Aku fikir sekejap sape yg kawen yer sebb rumah saudara dia dh takde yg nak kawen lagi sebb semua dah kawen tinggal anak bongsu dia lelaki umur dalam 19 tahun, nak kata rumah belakang lagi la..semua dah kawen.. selepas tu aku citer kat mak aku, yela pasal dlm minggu ni gak ex aku nak kat aku balik..mak aku bagi pendapat sebegini, " mak rasa dia buat mcm tu pasal dia nak buat pilihan, kalau ko nak kat dia balik dia takkn ikut lelaki tu, kalau ko tak nak dia ikut lelaki tu la" betul juga cakap mak aku ni..yela mana ada org nak balik  boleh main desak² lak tu..tak rasa pelik ke? 

fikir² balik


Biar la..itu urusan dia..kalau dia betul² dah kawen pun apa salahnya..itu keputusan dia..kena hormati..semoga dia berbahagia selalu..aku mendoakan kebaikan dan kesejahteraan kamu, jgn la wat kerja² giler lagi..sekarang ni ada yg nak balas dendam sampai simbah² ASID plak tu..haih minta dijauh kan..selisih malaikat 44..fuh!!


p/s : harap aku pun boleh mendapat jodoh yg lebih baik dari itu..semoga Allah melindungi aku, keluarga ku, kawan² dan sahabat² ku, serta guru² ku..Amin..



3 comments:

  1. kalau betul akak tu dah or nak kawen..biar kan aje abg. sila harap abg bole jmpe girl yg lbh baik dari tu... u deserve it rite. =)

    ReplyDelete
  2. ahhhh tidak...mengape ini terjadi!!!

    beliau nk kawen??? tak pe dah rezeki & jodoh, macam ko jangan pandang belakang, pandang terus ke blog aku...ha3

    ReplyDelete
  3. tak tau la syaf btl ke tidak ni..sebb mcm pelik pula..yela khemah dpn rumah banyak giler..takkn kenduri doa selamat kot..tp apa² pn biar la..kite tgk dlu baru tau..

    hehe...thanks adik..tu la harap dpt jodoh yg lebih baik dari dia..

    ReplyDelete