Tuesday 10 May 2011

Dalam Dilema

Semalam dan hari ini..membuatkan mood aku jadi tak berapa ok..kira memng tak ok la ni..haih..

Semalam juga aku dapat msg yang amat banyak sekali..sekali di lihat msg tu di hantar dari siapa..rupanya datang dari "Ex Girlfriend" aku..apa yang dia nak aku pun tak tau..rupanya dia merayu-rayu supaya aku kembali pada dia, sebab dia kata dia tak boleh lupakan aku ( eh! dia ni nape tetiba msg² macam ni merayu-rayu bagai org gila!)..Tak ingat pula bagaimana dia telah membuatkan aku jadi lali dgn perkara ini..dulu dia sndiri yang ckp " dah takde jodoh antara kita, kita bawalah haluan masing²"..ayat itu yang menyebabkan aku jadi terkedu dan terkejut..Mudahnya kau berubah hati bila sudah bosan dgn aku ni..apa da..

Tapi minta maaf banyak² la..hati ini bagaikan trauma je bila lihat kau begini, apa yang menyebabkan kau jadi begini? apa yang orang tu buat pada kau sampaikan kau hilang arah dan merayu-rayu supaya aku kembali pada kamu? Mudahnya bila kau meminta aku berbuat demikian tak fikir pula bagaimana dgn aku pula masa kau meninggalkan aku?..tak paham la dengan wanita ini..haih..

Hati ku bukan lah seperti kaca yang pecah selepas itu boleh digam balik..ibaratkan seperti buah tembikai..luarannya keras..tetapi didalamnya lembut..tapi boleh sambung balik ke kalau dah pecah? fikir²kan la..tapi jangan salahkan aku kerana hati ku keras sekali sekarang ini..ni semua apa yg kau dah lakukan pada aku dulu..maaf

apa ingat hati aku mcm glass ni ke..tgk retak mcm tu bila gam boleh sambung balik..renung²kan..



Dan semalam juga aku dapat offer kerja yang aku minat..tapi ada dua pekerjaan yang berkaitan tetapi membuatkan aku sendiri jadi keliru apa yang aku terima ini..nape la bila aku dapat offer tempat lain skrg banyak pula orang offer kat aku ni..tp aku masih sayangkan company tempat aku kerja..mungkin ini rezeki yang aku dapat..insyaAllah..semoga apa yang aku lakukan dipermudahkan segala urusanku kearah kebaikan di dunia dan di akhirat oleh Allah S.W.T..amin..

6 comments:

  1. ayooo...
    rumit ni redza macam dalam drama pulok...

    ntah ler tak brani nak cakap banyak nanti kene saman pulok..ha3, btw aku harap ko tau ape ko buat, dan die pun tau ape die buat...

    nasihat aku masing2 cari je orang baru sebab masing2 dah terluke kan... tapi akalu jodoh tuhan dan untuk korang tak taw nk cakap lah kan

    ReplyDelete
  2. Hye dude, kalo pd pendpt aq laks kan. Baik ko hold dulu tok terime atau couple dgn sesape. sbb bnde tu bkn perkara yg penting sgt pon. yg penting ape yg ade dpn mata nie..kejar la dulu ye..he3..peace..;)

    ReplyDelete
  3. herm..tu la.. aku memang buat masa sekarang ni tak nak ada kaitan dgn sape² lagi..maklum la nak kejar impian yang perlu dicapai..

    bukan apa cume takut dia tu buat kerja giler je sebab merayu rayu bagai org gila..pelik pdhal dia yg tinggalkan aku dlu..

    apa² pun thanks to my friends sebb bagi nasihat kat aku ni..

    ReplyDelete
  4. pada adik pulak kan...
    abg fikir la dulu baik n buruknya abg terima akak balik.. fikir kn dulu apa yg dia da buat. sekali penah buat mcm tu tak mustahil bole buat lagi sekali. mybe pakwe dia dah tggl kan la tu..
    hmm.. tpi kalo hati abg masih ada syg.. terime jela..n lepas ni jga baek2..:)

    ReplyDelete
  5. kalau cam tu enjoy the single life la dulu..
    hati yang berkecai2 nie hanya tuan punya diri jer rasa macamana sakitnya..

    ReplyDelete
  6. terima kasih semua kerana berikan pendapat dan nasihat pada sy ini..

    ribuan terima kasih..

    ReplyDelete