Thursday, 12 May 2011

Kekeliruan

Fikiran ku keliru bila semalam balik dari kerja aku telah dapat surat dari UTAH, pelik gak..kat mana tempat tu yer?

Sekali buka ambik kau! rupanya dari US, pelik gak macam mana la surat ni boleh sesat sampai umah aku..bila diperiksa nama dan alamat rumah aku betul pula.. tak puas hati baca je la surat tu sampai abis walaupun ada gak sedikit yang tak paham sebab bahasanye kepelikan sikit (hehe memang la bukan pandai sgt pn bab english education ni)




Sekali tgk surat tu ada helaian yang terakhir..sekali tengok bahasa melayu pula surat ni..Haa!! lagi la confuse aku dibuatnya..bila diperiksa baru aku tau..rupanya dari sepupu belah mak aku rupanya yang keje kat sana..ceh!! wat suspend je..hampeh betul..


HAMPEH!!!











Rupanya dapat surat tu aku di offer kerja di sana..untuk bahagian teknikal, bukan kat US tu lagi ramai ke orang power² tapi aku juga di offer? ngada² la sepupu aku ni..tapi bila dia tgk rupanya pandang juga DKM aku ni..haha..tapi gaji kecik kot kat sana..haha..nak call jauh pula tu..tapi dia cakap suruh call dia juga untuk kepastian dan semua akan ditanggung beres oleh pihak mereka..erm..

Bagilah aku peluang untuk berfikir yer wahai sepupuku..bukan apa aku masih punya family, kawan² dan sahabat² aku..sayang je nak pergi,,

Tuesday, 10 May 2011

Dalam Dilema

Semalam dan hari ini..membuatkan mood aku jadi tak berapa ok..kira memng tak ok la ni..haih..

Semalam juga aku dapat msg yang amat banyak sekali..sekali di lihat msg tu di hantar dari siapa..rupanya datang dari "Ex Girlfriend" aku..apa yang dia nak aku pun tak tau..rupanya dia merayu-rayu supaya aku kembali pada dia, sebab dia kata dia tak boleh lupakan aku ( eh! dia ni nape tetiba msg² macam ni merayu-rayu bagai org gila!)..Tak ingat pula bagaimana dia telah membuatkan aku jadi lali dgn perkara ini..dulu dia sndiri yang ckp " dah takde jodoh antara kita, kita bawalah haluan masing²"..ayat itu yang menyebabkan aku jadi terkedu dan terkejut..Mudahnya kau berubah hati bila sudah bosan dgn aku ni..apa da..

Tapi minta maaf banyak² la..hati ini bagaikan trauma je bila lihat kau begini, apa yang menyebabkan kau jadi begini? apa yang orang tu buat pada kau sampaikan kau hilang arah dan merayu-rayu supaya aku kembali pada kamu? Mudahnya bila kau meminta aku berbuat demikian tak fikir pula bagaimana dgn aku pula masa kau meninggalkan aku?..tak paham la dengan wanita ini..haih..

Hati ku bukan lah seperti kaca yang pecah selepas itu boleh digam balik..ibaratkan seperti buah tembikai..luarannya keras..tetapi didalamnya lembut..tapi boleh sambung balik ke kalau dah pecah? fikir²kan la..tapi jangan salahkan aku kerana hati ku keras sekali sekarang ini..ni semua apa yg kau dah lakukan pada aku dulu..maaf

apa ingat hati aku mcm glass ni ke..tgk retak mcm tu bila gam boleh sambung balik..renung²kan..



Dan semalam juga aku dapat offer kerja yang aku minat..tapi ada dua pekerjaan yang berkaitan tetapi membuatkan aku sendiri jadi keliru apa yang aku terima ini..nape la bila aku dapat offer tempat lain skrg banyak pula orang offer kat aku ni..tp aku masih sayangkan company tempat aku kerja..mungkin ini rezeki yang aku dapat..insyaAllah..semoga apa yang aku lakukan dipermudahkan segala urusanku kearah kebaikan di dunia dan di akhirat oleh Allah S.W.T..amin..

Wednesday, 27 April 2011

Dapat Hadiah Lagi..



Dapat hadiah lagi..yeah..yeah..(macam budak kecik je..haha..)  Minggu lepas aku telah diberitahu oleh ayah ku ada bungkusan yang telah sampai dirumah..katanya ada 3 bungkusan..aku cakap "takpelah abah nanti shah sampai umah shah buka la bungkusan itu"..


Masa kerja pun jadi tak tenang je apa la agaknya yang aku dapat yerk..risau² takut ada yang nak mengenakan aku pula..(takpe² think positive ok)..masa tu balik kerja awal sedikit maklum la asyik teringat pada bungkusan apa yang diterima..tak sabar rasanya..haha



Sesudah sampai dirumah..aku cepat² tanya pada Abah ku "mana bungkusan tu Abah?", Abah ku terus beri bungkusan tu pada ku, berat juga bungkusan ni..Abah dan Mak aku sama² lihat apa yang terkandung dalam bungkusan itu..dan bila dibuka dengan terkejutnya aku sebab dapat hadiah sebegini..

Bungkusan Pertama..

   Gelang Diamond.. Siap warranty 2 years..


  Betul² punya amik gambar semata² nak kepastian..haha



Gelang "Diamond" ini bila suluh dan periksa betul² nak dapat kepastian pun agak susah..tapi silau pada batu "Diamond" tu memang lain sangat² dan sangat cantik..Siap ada kertas warranty 2 years lagi..

Bungkusan Kedua..

                Rantai..tak tau nak cakap..



         Ambil lagi dekat untuk kepastian......

Rantai ini lagi la membuatkan aku jadi terkedu..pun sama juga seperti Gelang "Diamond" ada warranty card 2 years..fuh!!


Bungkusan Ketiga..


            Kali ni dapat Rantai Mutiara lak..



    Made In Spain gitu..


Rantai mutiara ini lagi la.. Siap warranty card 5 years lagi..membuatkan aku terkedu dan senyap terus sampai Mak dan Abah aku tegur aku, "nape senyap terus ni Shah?" aku hanya mampu berdiam diri untuk sementara waktu sambil memikirakan apakah semua ini? fikir punya fikir dan aku hanya mampu memberi jawapan sekadar biasa..


Ini semua mungkin rezeki aku..rezeki selepas aku tempuh segala dugaan dan cabaran hidup yang aku tempuh selama 2 bulan..mungkin juga semua ini ada hikmah di sebalik nya..harap² hikmah itu ada lah hikmah yang terbaik buat diri ku ini.. Bila periksa satu persatu barang-barang ini semua ada nilai seperti Gelang "Diamond" ini nilainya 24 karat (nilai untuk diamond a.k.a berlian) mahal juga tu bila diperiksa kat laman web untuk berlian..jangkaan 18K kot..kot la..kalau benar rezekinya Alhamdulillah.. Yang rantai tu aku rasa tak la mahal sangat..dan yang paling unik adalah Rantai Mutiara sebab bila di pegang rantai mutiara tu terlalu lembut sekali dan bukan seperti biasa yg jual kat kedai²..mungkin inilah dinamakan rezeki..


Aku bercadang nak beri pada Mak aku ni..tapi mak aku macam tahu apa yang fikirkan..Mak aku cakap " takpe shah, simpan mungkin shah ingin berikan pada orang yang shah sayang dan shah cintai suatu hari nanti, macam mak takpe sebab Abah dah beri macam² pada mak ini." terima kasih mak kerana memahami..hehe



p/s : barang² ini mungkin akan jadi milik orang yang aku sayang dan aku cintai suatu hari nanti..insyallah..lelaki mana boleh pakai barang² ni..hahahaha

Peminat Haiwan Bergelar Kucing..

Assalamualaikum..

Aku adalah seorang yg amat sayang dn sukakan kucing..jadi aku ada membela seekor kucing yang diberi nama BonBon (mak aku yang bagi nama)..Jangan tanya kenapa bela seekor jika minat dan sayang pada kucing? Sebabnya bila bela lebih dari seekor yang lain mesti umurnya tidak panjang..tak tau kenape sebab dah lama buat begitu tapi akan hanya tinggal seekor saja yang tinggal..bukan tak jaga, semua kucing yang dibela dijaga rapi sehingga hantar ke klinik haiwan jiwa kucing² ku sakit, tapi apakan daya tidak ada rezeki membela mereka untuk tempoh yang lama..



                kasihani dan sayangilah saya..(wat muka kesian..haha)



Seronok membela kucing ni walaupun kadang kala agak menyakitkan hati sebab suka berak merata-rata, kencing pun merata-rata juga..maklum la kan sebab kite sendiri tak ajar mereka untuk membuang di tempat sepatutnya..macam kita jaga anak kecil juga perlu diajar cara² supaya mereka dapat ikut apa yg di ajar dengan cara yang telah diajar.. Kucing juga memerlukan pemerhatian dan juga kasih sayang..sebab tu bila kita belai, beri pemerhatian dan kasih sayang, kucing yang kita jaga ini juga akan membalas kebaikan kita dengan cara mereka sendiri..itu lah haiwan bernama kucing yang menjadi haiwan kesayangan Rasul dan Nabi Junjungan kita Nabi Muhamad..


  
                       saya pun tahu berdikari la..

Haiwan secomel ini pun ada yg sanggup mendera, menyeksa dan membunuh dengan kejam sekali..kenapa ada segelintir manusia berbuat begitu? apa salah mereka sedang mereka tidak pernah berbuat apa² pada kita apatah lagi mencedarakan kite..kalau bela harimau atau singa ok la juga, orang yg dera mereka tu patutnya di "Ngap" terus habis citer..haih..kucing² ini juga layak hidup di dunia ini..mereka juga nak menikmati apa yg ada didunia ini..tapi tak tau apa kekurangan pada diri mereka ini sampai di layan sedemikian rupa..Ingatlah..bukan saja kita berbuat baik dengan orang saja dibalas baik, bila kita berbuat baik pada haiwan, mereka juga akan membalas kebaikan kita pada mereka..cuma ALLAH saja yang mengetahui apa kebaikan yang kita akan dapat..
 


p/s : pernah terjadi orang membelasah kucing kat depan mata aku, dan orang tu nyaris² kena "home run" dengan aku, padahal kucing tu cume minta makanan jer..manusia zaman sekarang ni..

Monday, 25 April 2011

Dapat Hadiah Jam

Assalamualaikum..

Minggu lepas dapat 1 surat dari post office kat rumah saya di telok panglima garang, surat suruh ambil bungkusan di post office telok panglima garang.. Saya suruh adik saya ambilkan..maklum lah busy bekerja..Rasa macam tak sabar lak nak tengok hadiah apa yang adik ambilkan..Balik kerja saja saya terus tanya adik dan adik memberikan saya bungkusan itu..buka² je..fuh!!


warna keemasan gitu..tapi saya lelaki mana boleh pakai jam macam ni..hahaha





p/s : rasa² nak bagi pada seseorang la..cume tunggu masanya..hehe

Saturday, 23 April 2011

Berbasikal Di Bukit Cerakah a.k.a Bukit Cahaya

Assalamualaikum..

Pengalaman Berbasikal..

17 April 2011, Hari Ahad..hari yang agak seronok juga sebab dapat join dengan member-member kat BIT termasuk sekali dengan budak-budak praktikal berbasikal di Bukit Cerakah a.k.a Bukit Cahaya, tapi takde cahaya pun yang kelihatan pada waktu malam..

Seperti biasa pada waktu yang dijanjikan..kumpul di BIT (USJ 9) pada pukul 7.30 a.m janji melayunya, pada masa ni la ramai yang tak jadi nak ikut berbasikal seperti yang dijanjikan..lingkungan yang dijanjikan nak ikut dalam 33 orang tapi yang dapat pergi dalam 24 orang saja..gerak pun 8.30 a.m baru bertolak..sampai disana dalam pukul 9.00 a.m..(waktu tak best haha) 


Sampai disana seperti biasa berkumpul dulu, lepas tu baru pegi kat kaunter masuk beli tiket masuk dengan harga RM 3 untuk setiap seorang, Aini dan bersama Kak Shida pergi menguruskan dalam hal sewaan basikal, selesai urusan tersebut maka setiap orang pergi memilih basikal yang disewa..biasa la kan..basikal lama ada yg problem, ada bentuk yg pelik-pelik..haha macam-macam ragam bila melihat mereka semua memilih basikal tersebut. Ada salah seorang budak praktikal ni tanya sewa basikal yang agak sport dan baru dengan selamber je brader tu jawab "Dua jam RM 50 dik" terkedu jap budak praktikal tu..(hahaha takleh bayang tengok muka budak ni bila dia terkedu(tak baik tul aku ni gelakkan orang)), Masing-masing sibuk cek basikal dan ada juga yang setting tempat duduk dan tayar basikal.


Maka bermula la operasi berbasikal..macam-macam juga la gaya mereka semua ni berbasikal (termasuk saya :p) Berbasikal sambil-sambil menghirup udara segar dan cahaya pagi..seronok juga ya..dan melawat bermacam tempat dan penghujungnya sampai ke kawasan Empangan. Bila sampai tempat tu memng cantik..empangannya pun "comel" je tengok..ada yg memancing, best je brader tu ckp,"susah betul nak dapat ikan kat sini" biasalah bang tempat mcm ni lagipun ikan bela dah lali dengan umpan yang dibagi tu..haha..Sebelum pergi ke destinasi yang seterusnya kami semua bergambar terlebih dahulu..

                                kira candid la yerk?haha




Selepas bergambar masing-masing bertolak ke destinasi iaitu tempat yang mula-mula kami bertolak..maklum la ada yg dh penat..ada yg lapar..tp ada yg masih semangat nak ke Menara Cerakah..Fuh perjalanan kali ini lagi mencabar kerana semua dalam keadaan mendaki..betul-betul menguji ketahanan pada diri ini dan akhirnya hanya dapat sampai tangga saja sebab masih terlalu jauh dan kami semua berpatah balik..


Semua berkumpul di tempat mula-mula kami ambil basikal dan memulang kan basikal selepas guna..dalam penggunaan selama 4-5 jam bayaran dalam RM 8 saja(ok kot), dah habis pulang semua cadang nak makan di seksyen 11 makan nasi ayam..Salleh and the geng tak join sebb katanya nk karaoke.. sampai seksyen 11 tu kat kedai nasi ramai orang mkn kat situ..memang la ramai...sebab nasi ayam dia sedap wo..memang terbaik..bila tgk diorng makan pun ada gak bermacam-macam ragam..haha..selepas makan kami semua balik dan di jalan semua berpisah mengikut haluan sendiri..tapi apa-apa pun memang best dapat join..

Tuesday, 12 April 2011

Hari Ini..

Assalamualaikum..

Hari ini adalah hari yang ku rasa sungguh pelik dan hairan sekali..tetiba je suasana jadi macam.......tak tau nak cakap. Yang boleh cakap memang lain la..lagi-lagi dengan keadaan sahabat ku iaitu Shawal dengan masalah beliau..dari segi keadaannya hari ini menampakkan dia dalam keadaan baik dan dapat mengharungi masalah ini secara tenang tak seperti yang dulu-dulu ketika beliau menghadapi masalah..Alhamdulillah..



Haih2..hairan dan pelik sungguh hari ini :-p



Biasalah shawal..datangnya dugaan dari ALLAH S.W.T tu adalah menunjukkan yang ALLAH masih memberi perhatian pada kita dan masih sayang kita supaya kita boleh ingat pada ALLAH dan mengenali kelemahan dan kekurangan pada diri kita sendiri. Setiap perkara ada hikmahnya.. ALLAH tidak akan menguji hambanya lebih dari kemampuan hambanya sendiri.. Jadi datangnya dugaan ini ALLAH saja yang mengetahui sama ada kita mampu menghadapi dugaan ini atau tidak..Bersabar lah..




                          Sabar2 la yer :-))




Senangnye hati bile melihat sahabat-sahabat ku ini dalam keadaan baik, bahagia dan gembira selalu. Bila lihat mereka begitu kite pun rasa "tumpang" bahagia sekali kerana wajah-wajah mereka mempamerkan kecerian untuk hari ini. Dan pada masa itu juga bila kite melakukan kerja terutama kerja satu ofis dalam keadaan senang dan ceria saja, tiada nak masam2 muka, nak wat muka ketat je..maklum la kite ni manusia..ada juga manusia yang boleh bersikap "Profesional" dan juga ada yang "Tak Profesional" langsung..jenis yang tau nak ikut perangai dia sendiri sahaja..Last-last jadi kucar kacir keadaan..orang sekeliling ntah kemana nanti diri pun merana juga bila ada masalah..hehe


Apa-apa pun yang penting cari ketengan diri dan ceria-ceria selalu.. peace :-D