Saturday 23 April 2011

Berbasikal Di Bukit Cerakah a.k.a Bukit Cahaya

Assalamualaikum..

Pengalaman Berbasikal..

17 April 2011, Hari Ahad..hari yang agak seronok juga sebab dapat join dengan member-member kat BIT termasuk sekali dengan budak-budak praktikal berbasikal di Bukit Cerakah a.k.a Bukit Cahaya, tapi takde cahaya pun yang kelihatan pada waktu malam..

Seperti biasa pada waktu yang dijanjikan..kumpul di BIT (USJ 9) pada pukul 7.30 a.m janji melayunya, pada masa ni la ramai yang tak jadi nak ikut berbasikal seperti yang dijanjikan..lingkungan yang dijanjikan nak ikut dalam 33 orang tapi yang dapat pergi dalam 24 orang saja..gerak pun 8.30 a.m baru bertolak..sampai disana dalam pukul 9.00 a.m..(waktu tak best haha) 


Sampai disana seperti biasa berkumpul dulu, lepas tu baru pegi kat kaunter masuk beli tiket masuk dengan harga RM 3 untuk setiap seorang, Aini dan bersama Kak Shida pergi menguruskan dalam hal sewaan basikal, selesai urusan tersebut maka setiap orang pergi memilih basikal yang disewa..biasa la kan..basikal lama ada yg problem, ada bentuk yg pelik-pelik..haha macam-macam ragam bila melihat mereka semua memilih basikal tersebut. Ada salah seorang budak praktikal ni tanya sewa basikal yang agak sport dan baru dengan selamber je brader tu jawab "Dua jam RM 50 dik" terkedu jap budak praktikal tu..(hahaha takleh bayang tengok muka budak ni bila dia terkedu(tak baik tul aku ni gelakkan orang)), Masing-masing sibuk cek basikal dan ada juga yang setting tempat duduk dan tayar basikal.


Maka bermula la operasi berbasikal..macam-macam juga la gaya mereka semua ni berbasikal (termasuk saya :p) Berbasikal sambil-sambil menghirup udara segar dan cahaya pagi..seronok juga ya..dan melawat bermacam tempat dan penghujungnya sampai ke kawasan Empangan. Bila sampai tempat tu memng cantik..empangannya pun "comel" je tengok..ada yg memancing, best je brader tu ckp,"susah betul nak dapat ikan kat sini" biasalah bang tempat mcm ni lagipun ikan bela dah lali dengan umpan yang dibagi tu..haha..Sebelum pergi ke destinasi yang seterusnya kami semua bergambar terlebih dahulu..

                                kira candid la yerk?haha




Selepas bergambar masing-masing bertolak ke destinasi iaitu tempat yang mula-mula kami bertolak..maklum la ada yg dh penat..ada yg lapar..tp ada yg masih semangat nak ke Menara Cerakah..Fuh perjalanan kali ini lagi mencabar kerana semua dalam keadaan mendaki..betul-betul menguji ketahanan pada diri ini dan akhirnya hanya dapat sampai tangga saja sebab masih terlalu jauh dan kami semua berpatah balik..


Semua berkumpul di tempat mula-mula kami ambil basikal dan memulang kan basikal selepas guna..dalam penggunaan selama 4-5 jam bayaran dalam RM 8 saja(ok kot), dah habis pulang semua cadang nak makan di seksyen 11 makan nasi ayam..Salleh and the geng tak join sebb katanya nk karaoke.. sampai seksyen 11 tu kat kedai nasi ramai orang mkn kat situ..memang la ramai...sebab nasi ayam dia sedap wo..memang terbaik..bila tgk diorng makan pun ada gak bermacam-macam ragam..haha..selepas makan kami semua balik dan di jalan semua berpisah mengikut haluan sendiri..tapi apa-apa pun memang best dapat join..

No comments:

Post a Comment