Tuesday 12 April 2011

Hari Ini..

Assalamualaikum..

Hari ini adalah hari yang ku rasa sungguh pelik dan hairan sekali..tetiba je suasana jadi macam.......tak tau nak cakap. Yang boleh cakap memang lain la..lagi-lagi dengan keadaan sahabat ku iaitu Shawal dengan masalah beliau..dari segi keadaannya hari ini menampakkan dia dalam keadaan baik dan dapat mengharungi masalah ini secara tenang tak seperti yang dulu-dulu ketika beliau menghadapi masalah..Alhamdulillah..



Haih2..hairan dan pelik sungguh hari ini :-p



Biasalah shawal..datangnya dugaan dari ALLAH S.W.T tu adalah menunjukkan yang ALLAH masih memberi perhatian pada kita dan masih sayang kita supaya kita boleh ingat pada ALLAH dan mengenali kelemahan dan kekurangan pada diri kita sendiri. Setiap perkara ada hikmahnya.. ALLAH tidak akan menguji hambanya lebih dari kemampuan hambanya sendiri.. Jadi datangnya dugaan ini ALLAH saja yang mengetahui sama ada kita mampu menghadapi dugaan ini atau tidak..Bersabar lah..




                          Sabar2 la yer :-))




Senangnye hati bile melihat sahabat-sahabat ku ini dalam keadaan baik, bahagia dan gembira selalu. Bila lihat mereka begitu kite pun rasa "tumpang" bahagia sekali kerana wajah-wajah mereka mempamerkan kecerian untuk hari ini. Dan pada masa itu juga bila kite melakukan kerja terutama kerja satu ofis dalam keadaan senang dan ceria saja, tiada nak masam2 muka, nak wat muka ketat je..maklum la kite ni manusia..ada juga manusia yang boleh bersikap "Profesional" dan juga ada yang "Tak Profesional" langsung..jenis yang tau nak ikut perangai dia sendiri sahaja..Last-last jadi kucar kacir keadaan..orang sekeliling ntah kemana nanti diri pun merana juga bila ada masalah..hehe


Apa-apa pun yang penting cari ketengan diri dan ceria-ceria selalu.. peace :-D

2 comments: