Monday 20 June 2011

Merasakan Sesuatu Yang Tidak Dijangka..

Salam..

Aku..


Dapat merasakan..orang yang selama ini rapat dengan aku di ofis (tak kira lelaki or perempuan) macam cuba menjauhkan diri dengan aku ini, ntah apa salah aku..aku pun tak tau, biasa terserempak boleh je tegur sekarang ni blh lak mcm wat tak tau je, kadang-kadang kena tegur 2 kali baru la di sahut..

Hairan juga, apa ntah salah aku ni sampai "diorang" ni cuba menjauhkan diri dari aku, kalau ada salah apa-apa tak usah la buat begitu, berterus terang saja kan senang, apa jua kelemahan, keburukan dan kesalahan yang aku lakukan pada mereka kan boleh diubah, kalau nak teruskan terpulang la, tak kisah pun, yang penting aku taknak "hipokrit". 


p/s : sesi luahan perasaan hati yang tengah bengang!!

Sunday 12 June 2011

Menolong Memasak

Salam...

Ahad malam isnin aku membantu ibu ku menyediakan bahan-bahan masakan yang di tempah untuk morning breafing esok paginya..Kali ini dalam kuantiti yang banyak sedikit dan penyediaan bahan² yang banyak. Kesian ibuku masak sorang² nasib ada anak lelaki yang kuat serta boleh lakukan apa saja termasuk memasak ( ceh perasan, haha) . Lepas sediakan bahan² kami masak apa yang patut dulu dan sambung pada jam 5 pagi.


Pukul 5 pagi ibuku mentanak nasi minyak dan aku pula sibuk tolong jaga masak ayam kurma dan tolong memotong sayur dan buah untuk membuat acar terancam dlm istilah jawa atau acar rampai dlm istilah melayunya. Akhirnya siap juga dan aku bawa ke ofis, sampai sekitar pukul 9 pagi, lambatnye..penat dgn mata mengantuk sebab lupa nak tidur lagi, tp takpe janji puas sebab tgk orang kat ofis makan dgn seleranya.



p/s : yang penting aku ada masak juga :)

Wednesday 8 June 2011

Berhati-hati Di Jalan Raya Semasa Hujan

Salam,

Dalam perjalanan balik ke rumah tadi ada kereta memandu dengan cara yang amat bahaya, dengan selamba je mamat bawa kereta memotong kenderaan lain tanpa menghiraukan orang yang memandu di jalan yang bertentangan, sikit lagi nak berlanggar, hampeh betul, memandu sambil cakap kat phone, ceh!! 

Jalan licin sebab tengah hujan, kereta pula laju² belaka, nasib tak eksiden..hati² ketika memandu ya..kadang² kita berhati-hati tapi orang lain tidak berhati-hati pula..nasib..






p/s : aku adalah penunggang motosikal yang berhemah walaupun laju :p

Tuesday 7 June 2011

Pening Dengan Kerja Sekarang

Salam,

Aku.......







Sekarang ni pening dengan kerja yang aku terima sekarang ni, banyak tolong orang tapi tak tau hargai, bila dah datang masalah baru nak cari balik, eh bukan ko ni PMO yang selalu dipuji ke kata bagus tapi kerja suka "taichi" kat orang lain. Pandai² la ko nak settle macam mana.




p/s : senyum walaupun bengang : |